Thursday, September 2, 2010

ASSAIGMENT WORKSHOP SAFETY


  1. Kemalangan di dalam bengkel terbahagi kepada dua jenis. Huraikan tiap-tiap satu?


    1. kecuaian manusia

Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah :
                                                              i.            Sikap tidak bertanggungjawab.
                                                            ii.            Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya menyemburkan udara termampat ke arah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata.
                                                          iii.            Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempat-tempat  yang mudah terbakar dan sebagainya.

    1.  peralatan dan mesin serta keadaan kerja.

 kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah :

                                                        i.            Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh meyebabkan luka.
                                                      ii.            Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripad a kerja-kerja menempa boleh menyebabkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
                                                    iii.            Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti giar, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera.







                                                    iv.            Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya.
                                                      v.            Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan elektrik.
                                                    vi.            Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala.
                                                  vii.            Asid juga menjadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit.


  1. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk menjauhi kemalangan tersebut.
Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik didalam bengkel iaitu dengan :
                                i.            Mengutamakan kebersihan pada setiap waktu.
                              ii.            Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
                            iii.            Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
                            iv.            Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja.
                              v.            Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.












  1. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu kita ambil semasa kita hendak menggunakan mesin?
Langkah-langkah keselamatan yang perlu kita ambil semasa kita hendak menggunakan mesin ialah :
a.       Pastikan mana-mana bahagian mesin yang merbahaya dipasang alat pelindung. Ini dapat mengelakkan bahagian-bahagian mesin tersebut menarik anggota badan atau pakaian.
Antara bahagian-bahagian mesin yang dimaksudkan ialah :
                                                        i.            Takal dan tali sawat.
                                                      ii.            Mata alat seperti mata alat pengisar, gerudi dan mata gergaji.
                                                    iii.            Giar
                                                    iv.            Roda pencanai.
b.      Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Contohnya suis yang terdapat pada penutup giar. Apabila penutup ini terbuka mesin akan terhenti atau suis akan tertutup.
c.       Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik.
d.      Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.
e.       Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata pengisar, hujung mata alat penggarit dan sebagainya.
f.       Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
g.      Laporkan kepada guru jika ada diantara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan.
h.      Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila mesin dibersihkan.


  1. Terangkan mengapa kita perlu melakukan kekemasan tempat bekerja atau bengkel.
Kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja.






  1. Nyatakan empat perkara yang perlu diambil kira untuk mempertingkatkan kekemasan dan kecekapan bekerja.
Empat perkara yang perlu diambil kira untuk mempertingkatkan kekemasan dan kecekapan bekerja ialah :
                                i.            Jangan biarkan alatan dan bahan bersepah di atas lantai atau disekeliling mesin. Ini dapat mengelakkan alatan dan bahan tersebut daripada terlanggar, tersepak, terhantuk atau terpijak.
                                          ii.            Elakkan minyak atau gris tertumpah di atas lantai kerana minyak ini sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir.
                                        iii.            Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah di atas lantai dan disekeliling mesin. Sebaik sahaja selesai bekerja, mesin dan tempat bekerja hendaklah dibersihkan.
                                        iv.            Bengkel mestilah mempunyai ruang udara dan mendapat bekalan cahaya yang terang.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan 5S dan nyatakan tiap-tiap satu.
                                     I.      Seiri
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan ditempat kerja dan membuangkannya.
                                  II.      Seiton
Meyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil untuk digunakan (menempatkan semua barang ditempat yang sepatutnya.
                               III.      Seiso
Membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
                               IV.      Seiketsu
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan peyusunan tempat kerja pada setiap masa.
                                  V.      Shitsuke
Melatih para pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendiri.









ASSAIGMENT WORKSHOPSAFETY 2

  1. Nyatakan sebab-sebab mengapa seseorang pekerja perlu menjaga kesihatan diri sendiri.
Kesihatan merupakan factor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarang keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi fikiran, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja.

  1. Mengapakah seseorang pekerja itu perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum memulakan sesuatu kerja di dalam bengkel.
Sebelum memulakan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan juga alat atau mesin yang digunakan. Tindak balas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang terus begitu juga alat-alat teknologi tinggi.
Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh serta terlalu longgar adalah punca kemalangan. Kasut dan but keselamatan yang mengandungi kepingan keluli dibahagian hadapannya adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal dan sendal tidak harus dipakai semasa bekerja ditapak pembinaan atau dibengkel.

  1. Berikan 10 alat kelengkapan diri yang perlu dipakai semasa melakukan kerja-kerja di bengkel.
Alat kelengkapan diri yang perlu dipakai semasa melakukan kerja-kerja di bengkel :
    1. Pakai pakaian bengkel yang sesuai.Elakkan daripada memakai pakaian yang terlalu longgar kerana pakaian yang longgar mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang berputar atau bergerak.
    2. Pakai kasut yang mempunyai pelindung keselamatan. Ini boleh mengelakkan serpihan logam ataupun tatal yang tajam terkena kaki.
    3. Gunakan pelindung mata seperti cermin mata,gogel, atau alat pelindung. Ini dapat menghidarkan tatal atau serpihan logam daripada masuk ke dalam mata.


    1. Pakai sarung tangan jenis kulit jika membuat kerja-kerja kimpalan, proses
tindakan haba, proses menempa dan proses tuangan.
    1. Sarung tangan getah seharusnya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid , minyak pelarut, gelu dan sebagainya. Ianya digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk-habuk apabila satu-satu alat itu dibersihkan dengan penyembur angin (air blower).
    2. Kasut getah panjang dipakai apabila difikirkan perlu untuk melindungi kaki dari terkena air atau minyak-minyak pelarut yang merbahaya.
    3. Apron yang dibuat samada daripada kain atau getah seharusnya dipakai bagi melindungi badan dari percikan minyak, bahan-bahan penggilap dan bahan-bahan lain yang difikirkan boleh mendatangkan bahaya.
    4. Topi keselamatan mestilah sentiasa dipakai terutamanya apabila bekerja dan memasuki kawasan pembinaan. Ianya digunakan adalah untuk melindungi kepala apabila terkena bahan-bahan atau alat-alat yang terjatuh dari atas. Dengan memakai topi keledar, kecederaan kepada kepala dapat dikurangkan.
    5. Barrier cream adalah sejenis minyak pekat yang mana digunakan untuk mencegah kuman melekat pada tangan. Ianya digunakan setelah selesai membuat satu-satu pekerjaan, terutamanya setelah terpegang bahan-bahan cecair yang merbahaya.
    6. Pengadang muka hendaklah sentiasa dipakai apabila menggunakan jentera kayu, terutamanya apabila menggunakan mesin pelarik, gergaji piring dan lain-lain jentera.

  1. Terangkan alat kelengkapan keselamatan yang perlu digunakan ketika bekerja di tempat yang tinggi.
  2.  
Apabila bekerja ditempat yang tinggi,seseorang itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat mengelakkan daripada terjatuh. Kaedah ini sangatlah mustahak kerana mengikut statistic, kebanyakan kemalangan yang berlaku ditapak pembinaan ialah pekerja terjatuh dari tempat tin

ujian

SOALAN 1

TEGASAN

Apabila daya bertindak secara normal ke atas permukaan jasad, jasad tersebut akan mengalami tegasan. Tegasan normal di ukur sebagai magnitude daya yang bertindak ke atas satu unit keluasan permukaan. Bermakna tegasan ialah ukuran keamatan daya yang bertindak pada satu unit luas. Unit bagi tegasan ialah N/mm².
           
Rumus Tegasan = bebanan (N)/luas (mm²)

TERIKAN
Terikan ditakrifkan sebagai nisbah perubahan ukuran panjang asal. Oleh sebab terikan adalah nisbah perubahan panjang, maka terikan tidak mempunyai unit.

SOALAN 2

JENIS-JENIS TEGASAN
Tegasan normal terjadi pada sesuatu permukaan jasad daya di bahagikan kepada 2 jenis :-

v  Tegasan tegangan
v  Tegasan mampatan

TEGASAN TEGANGAN
Tegasan tegangan yang berlaku pada satu jasad akan menjadikan ukuran panjang jasad bertambah. Arah tegasan tegangan pada permukaan jasad adalah sama dengan tindakan daya.

TEGASAN MAMPATAN
Tegasan mampatan ialah kesan daya mampatan ke atas permukaan keratin rentas jasad. Magnitud tegasan boleh ditentukan sebagai daya per unit luas.
SOALAN 3
KAKISAN
Apabila suatu logam itu mengalami kerosakan, perubahan rupa dan badannya kekurangan setelah berlakunya tindakbalas kimia, maka logam tersebut telah mengalami kakisan. Kadar kakisan ini bergantung kepada kandungan logam, masa pendedahan terhadap kelembapan, suhu, lubang-lubang dan ketegasan-ketegasan di permukaan logam.

Kakisan boleh di bahagikan kepada 2 jenis :-
v  Kakisan pengoksidaan
    • berlaku pada suhu tinggi
    • contohnya :- Besi di panaskan bersama gas oksigen
    • satu tindakbalas kimia akan terjadi.
    • 2 Fe + O ----à 2 Fe

Kakisan ini akan menghasilkan sisik-sisik hitam di permukaan logam yang berada dalam relau tersebut.

v      Kakisan Galvani
·         Berlaku pada suhu biasa dalam kehadiran kelembapan atau elektrokimia yang menghasilkan kerosakan logam secara perlahan tetapi berkesan.
·         Dalam proses ini, logam berubah menjadi ion atau sebatian kimia dengan bantuan elektrolit iaitu satu larutan yang mengalirkan arus elektrik dan mengandungi ion positif dan ion negative. Kakisan memerlukan elektrolit untuk membolehkan ion logam dalam larutan. Elektrolit boleh menjadi air, garam, asid atau alkali.
·         Kakisan berlaku apabila arus elektrik mengalir dalam satu litar elektrik yang lengkap. Satu sel galvanic mengandungi 2 elektrod (anod dan katod) dalam larutan elektrolit. Tindakbalas kimia akan terjadi di kedua-dua elektrod.


Perlindungan dan kakisan
    • Pemilihan bahan
      • Perlu di buat dengan baik kerana walaupun suatu logam itu menentang kakisan dengan baik ia boleh mengalami kegagalan jika di pasang pada logam yang lebih katod.
    • Perlindungan katod
      • Ini dimaksudkan bahan yang perlu dilindung dari kakisan ditukar menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan.



SOALAN 4

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEADAAN LESU

·         TUMPUAN TEGASAN
Faktor reka bentuk mikrostruktur bahan.

·         KESAN SAIZ
Kekuatan lesu bagi komponen besar aedalah lebih tinggi dari saiz yang kecil. Ini kerana komponen yang besar mempunyai luas permukaan yang banyak dan meningkatkan kemungkinan retak terjadi.

·         KESAN PERMUKAAN
Kekasaran permukaan tumpuan tegasan. Komponen yang dimesin dengan penyudahan halus, mempunyai kekuatan lesu yang tinggi.

UNSUR RENCAMAN KIMIA

Karbon

Ia merupakan agen pengerasan, semakin banyak kandungan karbon yang dicampurkan maka semakin bertambah kekerasan keluli itu.

Silikon

Ia dijadikan sebagai bahan aloi bagi meningkatkan sifat-sifat kekuatan tegangan, keteguhan dan kekerasan keluli.


Fosforus

Ia merupakan bahan asing yang tidak dikehendaki kerana kandungannya yang terlalu banyak, boleh mengakibatkan kerosakan kepada keluli apabila dikenakan gegaran dan kejutan.

Sulfur

Fungsinya adalah untuk memudahkan logam dimesin. Jika sulfur dicampurkan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan keretakan semasa logam itu ditempa atau digelek.

Mangan

Ia berfungsi untuk membantu menulenkan keluli kerana tindakan pengoksidaannya, Ia juga dijadikan bahan aloi dalam proses membantu keluli aloi iaitu dengan mencampurkan 1.5% hingga 2% mangan. Tujuannya untuk mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan serta menahan kejutan.

UNSUR RENCAMAN KIMIA

Karbon

Ia merupakan agen pengerasan, semakin banyak kandungan karbon yang dicampurkan maka semakin bertambah kekerasan keluli itu.

Silikon

Ia dijadikan sebagai bahan aloi bagi meningkatkan sifat-sifat kekuatan tegangan, keteguhan dan kekerasan keluli.


Fosforus

Ia merupakan bahan asing yang tidak dikehendaki kerana kandungannya yang terlalu banyak, boleh mengakibatkan kerosakan kepada keluli apabila dikenakan gegaran dan kejutan.

Sulfur

Fungsinya adalah untuk memudahkan logam dimesin. Jika sulfur dicampurkan terlalu banyak, ia boleh mengakibatkan keretakan semasa logam itu ditempa atau digelek.

Mangan

Ia berfungsi untuk membantu menulenkan keluli kerana tindakan pengoksidaannya, Ia juga dijadikan bahan aloi dalam proses membantu keluli aloi iaitu dengan mencampurkan 1.5% hingga 2% mangan. Tujuannya untuk mempertingkatkan kekuatan dan keteguhan serta menahan kejutan.

Tuesday, August 31, 2010

nota

Bahagian A

Soalan pertama
Lima jenis relau serta cara untuk hasilkan keluli dari besi jongkong.

RELAU
CARA UNTUK HASILKAN KELULI DARI BESI JONGKONG



Mangkuk Pijar



Skrap keluli dan besi jongkong dimasukkan kedalam mangkuk pijar yang bergaris pusat 0.3 meter dan tingginya 0.2 meter. Karbon juga dimasukkan bersama-sama bahan mentah tadi ke dalam mangkuk pijar kemudian ditutup dengan kemas dan dimasukkan ke dalam relau yang telah dipanaskan. Apabila bahan ini telah lebur, ia akan bercampur dengan karbon dan dijadikan jongkong keluli.




Relau Bessemer









































Relau Oksigen Bes


































Diasaskan oleh Sir Bessemer di England pada tahun 1856.
Dijalankan dengan membakar besi jongkong untuk mengurangkan kandungan karbon dan memisahkan bahan asing yang terlalu banyak.
Menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.
Kandungan karbon kurang daripada 3% hingga 5% kepada 0.02% hingga 1.4%.
Berbentuk sebuah tempayan besar yang diperbuat daripada batu bata dan disalut dengan keluli.
Tingga antara 4 hingga 6 meter dan boleh memuatkan 30 tan logam.
Relau ini disangga untuk membolehkan dikilas semasa keluli cair yang telah diproses dicurahkan ke dalamnya.
Besi jongkong cair dari relau bagas dicurahkan ke dalam relau Bessemer.
Oksigen yang dikenakan tekanan yang yang tinggi disalurkan melalui saluran udara yang terdapat dibahagian bawah relau.
Apabila oksigen mengenai besi cair proses pembakaran berlaku dengan maraknya. Ia mengeluarkan asap putih dan meledak keluar dari bahagian mulut.
Cecair keluli dituang ke dalam acuan segi 4 tepat dan disejukkan.
Ia dinamakan jongkong keluli. ia digunakan untuk membuat paku, skru, dawai, spindal, dan bahan-bahan logam.










Hampir sama dengan relau Bessemer.
Bezanya ialah menggunakan oksigen tulen dan di salurkan dari atas, sementara kaedah relau Bessemer, menggunakan oksigen bercampur dengan nitrogen yang disalurkan dari bawah.
Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen. Proses ini lebih baik dan keluli di hasilkan lebih baik.
Batu kapur turut digunakan bagi mempercepatkan pembakaran bahan asing. Lebih cepat dan mampu menghasilkan 0 tan keluli dalam masa 1 jam.
Cecair keluli biasanya dijadikan jongkon keluli.







Relau Dedah






Kebanyakan keluli ihasilkan dengan kaedah ini.
Kandungan karbon dapat di kawal dengan tepat. Dengan menambah atau mengurangkannya semasa proses berjalan.
Berbentuk seakan-akan sebuah dapur pembakar roti. Boleh memuatkan 200 tan logam.
Mempunyai 2 kebuk tempat meleburkan yang digunakan secara bergilir. Apabila salah satu kebuk digunakan kebuk satu lagi dipanaskan.
Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas.
Bila bahan api lalu dibahagian atas bahan mentah gas bertindak memarakkan pembakaran dan terus meleburkan bahan mentah tersebut.
Sebaik bahan mentah cair. Contoh bahan diambil untuk diuji kandungan karbonnya.
Mutu keluli yang telah telah dicapai, bahan dikeluarkan dari relau dan disejukkan untuk dijadikan jongkong keluli.
Keluli yang dihasilkan digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit, skru, spinal dan sebagainya.












Relau Elektrik

Kaedah yang lebih moden.
Banyak kelebihannya berbanding relau lain, antaranya ialah suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.
Bebas daripada asap dan kotoran.
Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik.
Terdapat 3 batang elektrod yang membekalkan arka elektrik.
Kedudukan elektrod hendaklah hamper kepada bahan mentah supaya arka mengenai bahan tersebut yang akhirnya menjadi cair dan dituangkan kedalam acuan untuk membentuk jongkong keluli.
Sesuai menghasilkan keluli alat atau keluli aloi, kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan.
Untuk membuat keluli aloi, unsur-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan.
Memakan masa antara 4 jam hingga 12 jam.














Soalan Kedua
Kebaikan-kebaikan menggunakan relau berikut ialah :-

Relau
Kebaikan
Relau Dedah

Kebanyakan keluli dihasilkan dengan kaedah ini.
Kandungan karbonnya dapat dikawal dengan tepat dengan cara menambahkan atau menggurangkannya semasa proses dijalankan.
Boleh memuatkan 200 tan logam.
Mempunyai 2 kebuk tempat melebur yang digunakan secara bergilir-gilir . Apabila salah satu kebuk digunakan, kebuk satu lagi dipanaskan.
Bahan api yang digunakan ialah udara dan gas panas.
Sesuai digunakan untuk membuat bahan binaan jambatan, landasan boit (keretapi), skru, spindle dan sebagainya.
Relau Elektrik

Kaedah menggunakannya lebih moden.
Suhu dan bahan campuran dapat dikawal dengan lebih cepat.
Bebas dari asap dan kekotoran apabila menggunakannya.
Bahan mentah yang digunakan ialah besi jongkong dan skrap keluli terpilih. Bahan-bahan dileburkan oleh arka elektrik.
Sesuai menghasilkan keluli alat dan keluli aloi kerana pembakaran dapat dikawal dan diatur dengan berkesan.Digunakan untuk membuat keluli aloi, unsure-unsur kromium, nikel, dan tungsten dicampurkan.







Relau Oksigen Bes


Menggunakan oksigen tulen dan disalurkan dari atas.
Proses pembakaran lebih cepat kerana menggunakan oksigen tulen, proses ini lebih baik kerana keluli yang dihasilkan adalah lebih baik mutunya Kandungan kimia dapat dikawal dengan lebih sempurna.
Lebih cepat dan mampu menghasilkan 80 tan keluli dalam masa 1 jam.
Cecair keluli biasanya dijadikan jongkong keluli.
Digunakan untuk membuat pisau, jarum, peralatan acuan, spindal, mesin gear dan bahagian mesin.








Monday, August 30, 2010

TYPES AND FUNCTIONS OF JIGS AND FIXTURES

1.      What is the difference between a jig and a fixture?

The difference is in the way the tool is guided to the workpiece.

-For jig, it is production tool made so that it not only locates and holds the workpiece but also guides the cutting tool as the operation is performed. Jigs are usually fitted with hardened steel bushings for guiding drills or the cutting tool.Small jigs are not fastened to the drill press table. However, holes above .25 inch in diameter are to be drilled, it is usually necessary to fasten the jig to the table securely.

-Difference with fixture, a fixture is a production tool that locates, holds, and support the work securely so the required machining operations can be performed.Set blocks and feeler or thickness gauges are used with fixtures to reference the cutter to the workpiece. A fixture should be securely fastened to the table of the machine upon which the work is done. Though largely used on milling machines, fixtures are also designed to hold work for various operations on most of the standard machine tool. Fixture also help to simplify metalworking operations performed on special equipment.


2.How are jigs  and fixtures normally identified?

Jigs and fixtures can be identified from the way of their operations.
Jigs are divided in two general classes : boring jigs and drill jigs.
Boring jigs are used to bore holes that either are too large to drill or must be    made an odd size. Drill jigs are used to drill, ream, tap, chamfer, counterboure, countersink, reverse spotface, or reverse countersink.
Fixture can be identified by a subclassification. For example, if a fixture is designed to be used on a milling machine, it is called a milling fixture.

3. What are set block used for?
        -Set blocks are used with fixtures to reference the cutter to the workpiece.


4.What class of jig would normally be used to tap holes?
         -Drill Jigs


5.A gang-milling fixture is actually what class of tool?
-Milling Fixture.


6.Analyze the following part drawings and operations to be performed and select the best jig or fixture for each.

a.       Figure 2-25. Operation: Mill a slot .250 inch by .250 inch
                                                  i.Vise-jaw fixture

b.      Figure 2-26. Operation: Drill four .500-inch-diameter holes.
                                                  i.      Plate jig

c.       Figure 2-27. Operation:  Drill four holes ( two .62-inch and two .25-inch )
                                                  i.      Channel jig

d.      Figure 2-28. Operation: Drill four holes, .50 inch in diameter.
                                                  i.      Template jig

e.       Figure 2-29. Operation: Mill a shoulder .75 inch by .75 inch by .38 inch.
                                                  i.      Angle-plate jig