Thursday, September 2, 2010

ujian

SOALAN 1

TEGASAN

Apabila daya bertindak secara normal ke atas permukaan jasad, jasad tersebut akan mengalami tegasan. Tegasan normal di ukur sebagai magnitude daya yang bertindak ke atas satu unit keluasan permukaan. Bermakna tegasan ialah ukuran keamatan daya yang bertindak pada satu unit luas. Unit bagi tegasan ialah N/mm².
           
Rumus Tegasan = bebanan (N)/luas (mm²)

TERIKAN
Terikan ditakrifkan sebagai nisbah perubahan ukuran panjang asal. Oleh sebab terikan adalah nisbah perubahan panjang, maka terikan tidak mempunyai unit.

SOALAN 2

JENIS-JENIS TEGASAN
Tegasan normal terjadi pada sesuatu permukaan jasad daya di bahagikan kepada 2 jenis :-

v  Tegasan tegangan
v  Tegasan mampatan

TEGASAN TEGANGAN
Tegasan tegangan yang berlaku pada satu jasad akan menjadikan ukuran panjang jasad bertambah. Arah tegasan tegangan pada permukaan jasad adalah sama dengan tindakan daya.

TEGASAN MAMPATAN
Tegasan mampatan ialah kesan daya mampatan ke atas permukaan keratin rentas jasad. Magnitud tegasan boleh ditentukan sebagai daya per unit luas.
SOALAN 3
KAKISAN
Apabila suatu logam itu mengalami kerosakan, perubahan rupa dan badannya kekurangan setelah berlakunya tindakbalas kimia, maka logam tersebut telah mengalami kakisan. Kadar kakisan ini bergantung kepada kandungan logam, masa pendedahan terhadap kelembapan, suhu, lubang-lubang dan ketegasan-ketegasan di permukaan logam.

Kakisan boleh di bahagikan kepada 2 jenis :-
v  Kakisan pengoksidaan
    • berlaku pada suhu tinggi
    • contohnya :- Besi di panaskan bersama gas oksigen
    • satu tindakbalas kimia akan terjadi.
    • 2 Fe + O ----à 2 Fe

Kakisan ini akan menghasilkan sisik-sisik hitam di permukaan logam yang berada dalam relau tersebut.

v      Kakisan Galvani
·         Berlaku pada suhu biasa dalam kehadiran kelembapan atau elektrokimia yang menghasilkan kerosakan logam secara perlahan tetapi berkesan.
·         Dalam proses ini, logam berubah menjadi ion atau sebatian kimia dengan bantuan elektrolit iaitu satu larutan yang mengalirkan arus elektrik dan mengandungi ion positif dan ion negative. Kakisan memerlukan elektrolit untuk membolehkan ion logam dalam larutan. Elektrolit boleh menjadi air, garam, asid atau alkali.
·         Kakisan berlaku apabila arus elektrik mengalir dalam satu litar elektrik yang lengkap. Satu sel galvanic mengandungi 2 elektrod (anod dan katod) dalam larutan elektrolit. Tindakbalas kimia akan terjadi di kedua-dua elektrod.


Perlindungan dan kakisan
    • Pemilihan bahan
      • Perlu di buat dengan baik kerana walaupun suatu logam itu menentang kakisan dengan baik ia boleh mengalami kegagalan jika di pasang pada logam yang lebih katod.
    • Perlindungan katod
      • Ini dimaksudkan bahan yang perlu dilindung dari kakisan ditukar menjadi katod oleh kerana logam anod yang mengalami kakisan.



SOALAN 4

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEADAAN LESU

·         TUMPUAN TEGASAN
Faktor reka bentuk mikrostruktur bahan.

·         KESAN SAIZ
Kekuatan lesu bagi komponen besar aedalah lebih tinggi dari saiz yang kecil. Ini kerana komponen yang besar mempunyai luas permukaan yang banyak dan meningkatkan kemungkinan retak terjadi.

·         KESAN PERMUKAAN
Kekasaran permukaan tumpuan tegasan. Komponen yang dimesin dengan penyudahan halus, mempunyai kekuatan lesu yang tinggi.

No comments:

Post a Comment